Eng Sheng Sdn. Bhd. ("Eng
Sheng") adalah pengimport dan pengeksport global hasil asas
tani.
Eng Sheng mempunyai sejumlah
50 tahun pengalaman sebelum ditubuhkan secara rasmi pada 1982 dan mula
beroperasi di Kuala Lumpur. Sejak itu, Eng Sheng telah menjadi salah satu
pengimport dan pengekport hasil asas tani yang utama di rantau
ini.
Eng Sheng telah berkembang
sejak penubuhannya dan kini memiliki kemudahan melebihi 800,000 kaki
persegi.
Melalui anak syarikatnya, ES Foods
Industries Sdn. Bhd. yang digabungkan pada 1996, Eng Sheng kini menceburi
bidang pembungkusan, satu aktiviti yang memberi nilai tambah kepada produknya
yang menjadikannya pengimport dan pengeksport barangan bungkusan hasil asas tani
untuk pelbagai segmen pasaran. Dengan berpegang kepada konsep ini, Eng
Sheng telah mencipta nama perniagaanya yang tersendiri untuk pelbagai
barangan bungkusan hasil asas tani.
Eng Sheng terkenal di
kalangan pembekal dan pedagang hasil asas tani sebagai 'Amanah, Adil dan
Boleh Dipercayai'. Ini merupakan prinsip Eng Sheng di dalam
menjalankan perniagaannya tidak kira sesama rakan niaga, pelanggan, pekerja dan
sebagainya. Oleh sebab yang demikian ini, Eng Sheng mempunyai jaringan
perniagaan global yang luas pada masa kini.
Pada peralihan abad ke-21 Eng
Sheng bermatlamat untuk bertambah maju melalui asas kejayaan yang diperolehi
dari ketekunan, keazaman dan pengorbanan pengarah dan pekerja syarikat yang
mempunyai keyakinan penuh bahawa impian mereka untuk menjadi syarikat hasil asas
tani global yang paling berjaya akan menjadi kenyataan.
Dengan demikian ini, Eng
Sheng di dalam abad ini adalah:
"untuk menjadi syarikat hasil asas
tani global yang paling berjaya"